Isnin, 7 Disember 2009

"...hidup ini bukan mudah..."

Hidup ini bukan mudah seperti yang kita sangka, tak mudah untuk menjaga hati setiap insan dalam dunia ni terutama insan yang tersayang. Masing-masing memainkan peranan, ada kala sebagai manusia biasa bukan mudah untuk aku memuaskan hati setiap manusia yang bernama "suami", "ibubapa", "anak2", "saudaramara" dan "sahabat". Setiap hati manusia-manusia ini harus diberi perhatian biarpun hati dan perasaan aku sendiri terpaksa diketepikan. Biarlah...asalkan manusia-manusia ini puashati dengan apa yang aku korbankan untuk mereka.

Sebagai isteri kepada "suami": Aku ikhlas, aku ikhlas sehingga akhir hayatku apa juga yang dipertanggungjawabkan kepada aku dan aku cuba menjadi isteri yang solehah.

Sebagai anak kepada "ibubapa": Aku cuba menjadi anak yang soleh dan cuba utk membahagiakan mereka hingga akhir hayat.

Sebagai ibu kepada "anak-anak" : Aku cuba memberi pendidikan dan asuhan yang semampu mungkin.

Sebagai saudara kepada "saudaramara": Aku juga cuba jalinkan hubungan silaturrahim kita agar sentiasa berpanjangan hingga ke akhir hayat.

Sebagai sahabat kepada "sahabat": Aku cuba untuk menjaga tingkah laku serta tuturkata agar tidak menyinggung perasaan kalian.

Walaupun begitu, tak dinafikan masih ada juga yang terlepas pandang. Oleh itu, maafkan aku jika sikap aku menyentuh perasaan kalian semua.