Catatan

Tunjukkan catatan dari 2009

"...hidup ini bukan mudah..."

Hidup ini bukan mudah seperti yang kita sangka, tak mudah untuk menjaga hati setiap insan dalam dunia ni terutama insan yang tersayang. Masing-masing memainkan peranan, ada kala sebagai manusia biasa bukan mudah untuk aku memuaskan hati setiap manusia yang bernama "suami", "ibubapa", "anak2", "saudaramara" dan "sahabat". Setiap hati manusia-manusia ini harus diberi perhatian biarpun hati dan perasaan aku sendiri terpaksa diketepikan. Biarlah...asalkan manusia-manusia ini puashati dengan apa yang aku korbankan untuk mereka. Sebagai isteri kepada "suami": Aku ikhlas, aku ikhlas sehingga akhir hayatku apa juga yang dipertanggungjawabkan kepada aku dan aku cuba menjadi isteri yang solehah. Sebagai anak kepada "ibubapa": Aku cuba menjadi anak yang soleh dan cuba utk membahagiakan mereka hingga akhir hayat. Sebagai ibu kepada "anak-anak" : Aku cuba memberi pendidikan dan asuhan yang semampu mungkin. Sebagai

BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA

Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut; i. Al-Muawwizat ii. Ayatul Kursi iii. Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin iv. Ayat Berkubu v. Ayat Penggerak 1.0 AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG) Al-Muawwizat iaitu; 1. Surah Al-Ikhlas 2. Surah Al-Falaq 3. Surah An-Naas CARA 1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat 2. Mengangkat dua tangan seperti berdoa 3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah) 4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas 5. Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit. 6. Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari 2.0 AYATUL KURSI Terjemahan; Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dap